Cara Menghilangkan Kesan Minyak. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa sampai aje di rumah, terdapat kesan minyak yang susah nak dihilangkan pada pakaian kita. Mungkin terkena sewaktu pergi membetulkan kenderaan anda di bengkel. Atau terkena percikan dari kenderaan lain sewaktu di jalan raya. Di sini kami menyediakan bagaimana anda dapat menghilangkan kesan minyak pada pakaian kesayangan anda di rumah. 1. Jangan basahkan pakaian yang terkena minyak itu tadi. 2. Sekiranya basah, biarkan ia kering dahulu (jangan menggunakan setereka untuk mengeringkannya). Biarkan ia kering sendiri. 3. Setelah kering, ambil sabun mandi yang ada di bilik air anda dan gosokkan di bahagian yang terkena minyak itu (sabun yang lembab) dan biarkan seketika. 4. Setelah itu, mulakan menyentalnya sehingga semua kesan minyak itu tanggal. Sekiranya tidak berkesan juga, anda ada satu lagi cara yang sangat mudah dan dijamin berkesan. (sila scroll ke bawah). “Hantar Sahaja Pakaian Anda Ke DOBI SAS MAJU”
0 Comments
|